Tuesday, 21 May 2013

Tahukah Anda Semut Boleh Mengesan Gempa Bumi


Subhanallah...setiap hidupan yang ade di muka bumi Allah ini, mempunyai keistimewaan yang tersndiri...untuk post kali nie, marilah ambil pengetahuan ttg semut. walaupun ianya kecil dari kita namun ia mempunyai keistimewaan tersendiri.

Tahukah Anda Semut Boleh Mengesan Gempa Bumi | Bila membaca berita ini. teringat kisah Nabi Sulaiman Dengan Semut, seperti yang diceritakan dalam Al-Quran surah An-Naml ayat 18, bagaimana ketua semut menyeru kepada koloninya sepaya masuk ke sarang masing-masing untuk mengelakkan dari terpijak oleh gerombolan tentera-tentera Nabi Sulaiman.

Maralah (angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (An-Naml ayat 18) 

Ketua semut itu diberikan ilham oleh Allah SWT, bahawa akan ada bahaya yang bakal mendatang. Apa yang dikaji oleh saintis hari ini tentang semut boleh mengesan gempa bumi, telah termaktub dalam Al-Quran sejak lama lagi.

MANUSIA hanya boleh mengetahui kehadiran gempa bumi apabila dapat merasai gegarannya.

Dipetik OurAmazing Planet, penelitian dilakukan sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.

Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.

Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan reseptor yang milikinya.

“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.

Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.

sumber berita: sinar harian

gambar hiasan

Sunday, 19 May 2013

asal usul nama negeri pahang

Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur.

Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh.  G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Tembeling.
Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan.Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura.

 ~walaupun dah lama saya menetap di pahang saya baru thu akan asal usul nama negeri pahang. sbenarnya kedua ibu bapa saya berasal dari kelantan. ummi dan abah sudah lama berhijrah ke pahang...jadinya sekarang saya adlah org phang berdarah kelantan..saya bangga jadi org pahang~



Friday, 17 May 2013

SALAH FAHAM LOGHAT JERANTUT HAMPIR MEMBAWA PADAH

Untuk pengetahuan anda2 yg trbaca cerita nie, di negeri pahang mmg bnyak loghat nya....loghat di kuantan berbeza dgn loghat di pekan.loghat di pekan berbeza pulak dgn jerantut..loghat di jerantut pulak berbeza dgn lipis..jadi semuanya berbeza...ado org lame2 kt pahang pernah kata...loghat pahang mengikut air sungai pahang....yakni mengikut kederasan air sungai tersebut. 

Tersebut sebuah kisah yang berlaku di jerantut~~


Suatu ketika dulu, kononnya terdapat dua org pemuda Melayu dari Kg Sg Putat berpakat nak pergi minum2 di salah sebuah kedai kopi (restoran) Cina di Jerantut Atas (Bandar Lama). Semasa berada dimeja makan, seorang pelayan restoran menyapa, "Lu mau minum apa?". Salah seorang pemuda tsb menjawab rengkas, "kas nok kas kesebut". Pelayan Cina ini memerhati dgn tajam kearah pemuda ini lalu bersuara, "Ooooh! ok, ok". Seterusnya pelayan Cina memandang pula ke arah seorang lagi pemuda. Tanpa sempat bertanya sesuatu, pemuda ke dua ini terus bersuara, "bior dulu".

Pelayan Cina ini terus beredar dan 5 minit kemudian dia begerak semua kearah meja pemuda2 tadi dgn membawa hidangan 2 botol minuman. Ke dua2 botol yg perang pekat dgn jelas tertulis Carlsberg beer. "Aik, macamane dia boleh bawok air botoi ni. Mase bile pulok kita order", tegur salah seorang pemuda. Pemuda seorang lagi menyampuk, "gamoknye dia beri kite minum free, kita bedai jer". "Jangan2, tak baik...elok kite tanye semule", ujar pemuda yg mula2 tadi.

Rupa2nya pelayan Cina salah faham dgn loghat org Kg Sg Putat. Dia tak tahu ungkapan 'kas nak kakebut' bukan bermaksud Carlsbeg tetapi maknanya 'jika saya nak saya akan beritahu (sebut)' dan 'bior dulu' bukan 'beer' tetapi maksudnya 'tunggulah dulu'.....




Antara lagu loghat pahang....jom layan.. :
jerantut kampung kas http://www.youtube.com/watch?v=bJbtFoAKmjs
ngape bio semok http://www.youtube.com/watch?v=gbTIcM1km3c
makwe koi http://www.youtube.com/watch?v=nzrDsngrZOc

7 TIPS MEMANDU KETIKA HUJAN

Kita telah dikhabarkan dengan pelbagai kemalangan yang teruk sejak akhir2 ini..kemalangan boleh berlaku ketika mana seseorg itu memandu dalam keadaan cuai ataupon atas kecuaian org lain. antara penyebab kemalangan adalah memandu ketika hujan. Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, jom amalkan 7 tips ini!
   
1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Kawan saya pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta beliau dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah

gambar hiasan

jom tgk video live eksiden klik link di bawah....
http://www.youtube.com/watch?v=8GCftGnE1gA
 

Wednesday, 15 May 2013

Kisah Naga



 dikhabarkan pada zaman dahulu terdapat seekor binatang yang bernama naga di sebuah tasik yang bernama tasik chini. jom ikuti sedikit kesahnya...



Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya. Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diterokai itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu dengan salakkan anjing di pinggir kawasan yang dibersihkan.

Seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk mencari puncanya dan terkejut apabila mendapati bunyi salakkan itu datang daripada sebatang kayu hitam besar yang lapuk. Lalu dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila melihat darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi rakan²nya tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu yang dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika cuba menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada masyarakat dahulu sehingga sekarang walaupun Tasik Chini itu seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau

'adakah benar akn kewujudan naga???hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui....'



misi merebut kejuaraan

pada mac yang lalu, aku = muhsin ataupun lebih dikenali sbagai oyang mewakili sebuah fakulti di USIM dalam acara sepak takraw yang mana di anjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia. sukan tersebut adalah sukan antara fakulti.

cerita pasal sepak takraw nie....sebenarnya ak dah lama main sukan ni. nak dijadikan cerita semasa aku di semester 2, aku dah terpilih untuk mewakili fakulti aku iaitu Fakulti Pengajian Bahas Utama (FPBU). bila sudah terpilih sbagai wakil fakulti, aku akan bersungguh-sungguh la untuk mencapai kemenangan..posisi ak untuk permainan ni adalah tekong, yang mana bertanggungjawab untuk 'serve'. bahasa mudahnya masokkan bola ke glanggang sbelah. ok.bile da main n main n main ngan bersungguh2,aku n team dpt ke final untuk bertemu dgn musuh ketat iaitu Fakulti Pengajian Quran da Sunnah. untuk pertemuan petama ni,team aku kalah dan mendapat tempat kedua dalam acara nie.

kemenangan milik kami

pada bulan mac 2013 sekali lagi sukan fakulti diadakan. kali ini aku n team ingin merebut kejayaan tersebut. terasa jgak nak gigit pingat emas n menjulang piala pusingan. setelah berhempas pulas dapat la masuk final. bila da masok final bertemu jgak dengan musuh lama FPQS..rupanya kali nie dengan mudah team aku mengalahkan team lawan....   


 bersama team aku yang berjaya membawa pulang pingat .
yang berdiri bawak balik pingat emas dan yangduduk bawa balik pingat gangsa.


kat sini aku memuatkan video kemenangan ...jom layan....http://www.youtube.com/watch?v=vqtjzkOLFCc














Monday, 13 May 2013

6 CARA MENDAPAT PAHALA SELEPAS MATI..

Mudahnya untuk mengumpul pahala, cuma lakukan sedekah sahaja, in sha Allah semua itu di izinkan MAHA PENCIPTA.
1- Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid, pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca.

2- Menghadiahkan kerusi roda kepada hospital pasti setiap kali kerusi roda tersebut digunakan anda akan mendapat pahala.

3- Terlibat dengan pembinaan masjid.

4- Menghadiahkan penyejuk air pada tempat awam.

5- Menanam pokok yang dapat memberi manusia atau haiwan berlindung atau memakan buah daripada pokok tersebut pasti mendapat pahala.

6- Dan yang paling mudah tolong sebarkan kenyataan ini. Pasti anda akan mendapat pahala dengan mudah.
 
sekadar perkongsian, andai ade tersalah mohon tegur..:)
 

Power bank

 
Pada dasarnya, power bank adalah sebuah alat untuk menyimpan tenaga.  Power bank ataupun dikenali sebagai portable charger dalam inggerisnya iaitu sebuah alat untuk menambah tenaga kepada bateri gadget ketika kita sedang berjalan - jalan atau berada jauh dari soket elektrik. Kemampuannya menyimpan tenaga dan memindahnya ke gadget lain menjadikan power bank sebuah alat pendukung yang wajib dimiliki para pengguna  gadget atau tidak sempat mendapati sumber elektrik untuk mengecas gadgetnya.

sedikit info berkenaan power bank:

jenis power bank :
 
power bank 10000mah


 

powerbank 12000mah





power bank 13000mah




power bank 30000mah




untuk pengetahuan kawan2, di luar sana ada pelbagai jenama power bank yang mempunyai ciri yang tersendiri. jadi semasa melakukan pembelian, pilihlah mengikut kemampuan sendiri..
hampir terlupa,pesanan pada kawan2,sekarang ni wujud power bank palsu,yang mana luaranya serupa dengan mana2 power bank, tetapi didalamnya hanya diletak dua bngkus pasir dan sebiji bateri double A....moralnya,berhati2 membuat pilihan...he..

Sunday, 12 May 2013

KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM






Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikit demi sedikit kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isu memartabatkan tulisan Jawi mula hangat diperkatakan. Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari ilmu agama yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun begitu, keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.


      Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam

Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( ڬ)  dan Cha ( چ). Untuk itu, tulisan Jawi telah dijadikan sebagai  medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini, terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.

      Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks Jawi Dikalangan Pelajar Sekolah

Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya keadaan tersebut. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi. Kaedah yang ditekankan bagi melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang tilawah al-Qur’an, bidang aqidah, ibadah, Sirah Nabawi, akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan.

     



Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam

Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan Jawi.  Malah, terdapat pemindahan budaya  dan pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.






      Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam

Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas, dan tepat.  Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik, dan klasik.  Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran, kecekapan, dan ketelitian seseorang.   Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang penting  dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu.  Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau bahasa Arab.  Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot.  Banyak golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik kerana kebanyakan mereka buta jawi. Pemesongan akidah dan kedangkalan pengetahuan agama dapat berlaku kerana kelemahan dalam tulisan Jawi.  Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat kritikal apabila pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi.  Ada juga guru agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan membaca bahan agama dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi.  Kelemahan yang berlaku ini kerana tidak mendapat perhatian serius daripada ibu bapa Melayu dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap pendidikan agama, tidak dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga pendidikan agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan kelemahan yang sukar diatasi.






Sebagai Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam

Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di negara ini.  Tulisan Jawi merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya, wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu.  Tulisan itu turut menjadi medium yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah dan sebagai genre bahasa yang mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu. Sejak berabad lamanya, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman.  Tulisan itu bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan simbolisme terhadap perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Tulisan Jawi, dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu, telah memberikan sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa Melayu.  Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi.  Walau bagaimanapun, tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada sistem pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi.  Secara beransur-ansur, tulisan Jawi diketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam pengajaran dan pemelajaran di sekolah.



Tuesday, 7 May 2013

Wajarkah pemberian komputer riba kepada pelajar





Seperti mana yang telah diuar-uarkn dalam manifesto barisan nasional baru-baru ini, setiap pelajar sekolah akan dibekalkan dengan komputer riba yang akan dilaksanakan bermula pada tahun hadapan. Hal Ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik IT dan berkemahiran tinggi dalam penggunanaan teknologi terkini..
Selain itu, pemberian komputer riba ini juga selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf pendidikan rakyat Malaysia sekali gus melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Pada pendapat saya, perkara ini haruslah diteliti semula sebelum ianya dilaksanakan. Hal ini supaya tidak berlaku sebarang kepincangan dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjadi negara maju serta mencapai Wawasan  2020.
Penggunaan komputer riba ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada palajar dan guru. Walau bagaimanapun, kesan negatifnya haruslah diambil kira memandangkan kebanyakan pelajar pada zaman sekarang sering terjebak dalam penyalah gunaan internet.

Penggunaan internet yang berleluasa tanpa pengawasan ibubapa dan guru menyebabkan pelajar leka dan lalai dengan tugas mereka sebagai seorang pelajar. Pelajar terlalu asyik melayari internet dengan memuat turun video, pelbagai jenis aplikasi dan permainan internet. Berkemungkinan besar juga mereka akan terdedah dengan pelbagai laman-laman web lucah yang semakin tidak terkawal.Oleh itu, hal ini menyebabkan objektif sebenar pengagihan komputer riba tidak tercapai.

Sekiranya manifesto ini ingin diteruskan, ianya perlulah dirangka dengan lebih mantap dan mendapat pemantauan yang berterusan daripada ibu bapa dan guru-guru. Hal ini kerana dengan adanya pemantauan yang kerap, ianya dapat mencegah pelajar-pelajar daripada menyalahgunakan IT. 
 laptop 1 malaysia