Sunday 12 May 2013

KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM






Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikit demi sedikit kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isu memartabatkan tulisan Jawi mula hangat diperkatakan. Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari ilmu agama yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun begitu, keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam.


      Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam

Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( ڬ)  dan Cha ( چ). Untuk itu, tulisan Jawi telah dijadikan sebagai  medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini, terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.

      Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks Jawi Dikalangan Pelajar Sekolah

Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya keadaan tersebut. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi. Kaedah yang ditekankan bagi melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang tilawah al-Qur’an, bidang aqidah, ibadah, Sirah Nabawi, akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan.

     



Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam

Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan Jawi.  Malah, terdapat pemindahan budaya  dan pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.






      Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam

Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas, dan tepat.  Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik, dan klasik.  Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran, kecekapan, dan ketelitian seseorang.   Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang penting  dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu.  Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau bahasa Arab.  Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot.  Banyak golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik kerana kebanyakan mereka buta jawi. Pemesongan akidah dan kedangkalan pengetahuan agama dapat berlaku kerana kelemahan dalam tulisan Jawi.  Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat kritikal apabila pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi.  Ada juga guru agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan membaca bahan agama dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi.  Kelemahan yang berlaku ini kerana tidak mendapat perhatian serius daripada ibu bapa Melayu dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap pendidikan agama, tidak dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga pendidikan agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan kelemahan yang sukar diatasi.






Sebagai Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam

Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di negara ini.  Tulisan Jawi merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya, wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu.  Tulisan itu turut menjadi medium yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah dan sebagai genre bahasa yang mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu. Sejak berabad lamanya, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman.  Tulisan itu bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan simbolisme terhadap perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Tulisan Jawi, dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu, telah memberikan sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa Melayu.  Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi.  Walau bagaimanapun, tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada sistem pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi.  Secara beransur-ansur, tulisan Jawi diketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam pengajaran dan pemelajaran di sekolah.



5 comments:

  1. sangat bagus untuk pemula belajar ilmu agama islam

    ReplyDelete
  2. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tetapi sekarang ni banyak remaja yang tidak pandai menulis jawi

    ReplyDelete
  4. Apa yang awak ni bodoh sngat ye..bila dah ahlu sunnah wal jamaah tu mana ada pertentan dengan quran. Awak sendiri yg tak faham tafsiran quran..

    ReplyDelete
  5. Apa yang awak ni bodoh sngat ye..bila dah ahlu sunnah wal jamaah tu mana ada pertentan dengan quran. Awak sendiri yg tak faham tafsiran quran..

    ReplyDelete