Tuesday 7 May 2013

Wajarkah pemberian komputer riba kepada pelajar





Seperti mana yang telah diuar-uarkn dalam manifesto barisan nasional baru-baru ini, setiap pelajar sekolah akan dibekalkan dengan komputer riba yang akan dilaksanakan bermula pada tahun hadapan. Hal Ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik IT dan berkemahiran tinggi dalam penggunanaan teknologi terkini..
Selain itu, pemberian komputer riba ini juga selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf pendidikan rakyat Malaysia sekali gus melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Pada pendapat saya, perkara ini haruslah diteliti semula sebelum ianya dilaksanakan. Hal ini supaya tidak berlaku sebarang kepincangan dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk menjadi negara maju serta mencapai Wawasan  2020.
Penggunaan komputer riba ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada palajar dan guru. Walau bagaimanapun, kesan negatifnya haruslah diambil kira memandangkan kebanyakan pelajar pada zaman sekarang sering terjebak dalam penyalah gunaan internet.

Penggunaan internet yang berleluasa tanpa pengawasan ibubapa dan guru menyebabkan pelajar leka dan lalai dengan tugas mereka sebagai seorang pelajar. Pelajar terlalu asyik melayari internet dengan memuat turun video, pelbagai jenis aplikasi dan permainan internet. Berkemungkinan besar juga mereka akan terdedah dengan pelbagai laman-laman web lucah yang semakin tidak terkawal.Oleh itu, hal ini menyebabkan objektif sebenar pengagihan komputer riba tidak tercapai.

Sekiranya manifesto ini ingin diteruskan, ianya perlulah dirangka dengan lebih mantap dan mendapat pemantauan yang berterusan daripada ibu bapa dan guru-guru. Hal ini kerana dengan adanya pemantauan yang kerap, ianya dapat mencegah pelajar-pelajar daripada menyalahgunakan IT. 
 laptop 1 malaysia

No comments:

Post a Comment